Menu
London Underground InfrastrukturAliran London Underground terbahagi kepada dua iaitu laluan di bawah permukaan tanah (subsurface) seperti aliran Circle, District, Hammersmith & City, dan Metropolitan; dan laluan yang dibina jauh di bawah tanah (deep level) seperti aliran Bakerloo, Central, Jubilee, Northern, Piccadilly, Victoria dan Waterloo & City.
Terdapat juga aliran London Timur yang merupakan laluan di bawah permukaan tanah yang kelima. Pada tahun 2007, aliran ini kemudiannya ditutup untuk kerja-kerja pembinaan semula, dan pada tahun 2010, aliran ini dibuka sebagai perkhidmatan London Overground.[33]
Nama | Warna dalam peta[34] | Mula perkhidmatan | Bahagian pertama memulakan perkhidmatan* | Nama terguna sejak | Jenis | Panjang (km) | Panjang (batu) | Bilangan stesen | Jenis Gerabak | Gerabak masa hadapan | Bilangan perjalanan setahun (ribu) | Purata perjalanan setiap batu (ribu) |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Aliran Bakerloo | Perang | 1906 | 1906 | 1906 | Jauh di bawah tanah | 23.2 | 14.50 | 25 | - | 104,000 | 7,172 | |
Aliran Central | Merah | 1900 | 1856 | 1900 | Jauh di bawah tanah | 740 | 460 | 49 | 1992 Stock | - | 199,000 | 4,326 |
Aliran Circle | Kuning | 1884 | 1863 | 1949 | Bawah permukaan tanah | 27 | 170 | 36 | C Stock | S Stock mulai tahun 2011 | 74,000 | 5,286 |
Aliran District | Hijau | 1868 | 1868 | 1868–1905 | Bawah permukaan tanah | 640 | 400 | 60 | C Stock dan D78 Stock | S Stock mulai 2013 | 188,000 | 4,700 |
Aliran Hammersmith & City | Merah jambu | 1988 (1863 sebagai aliran Metropolitan) | 1858 | 1988 | Bawah permukaan tanah | 26.5 | 16.50 | 29 | C Stock | S Stock mulai 2011 | 50,000 | 3,030 |
Aliran Jubilee | Kelabu | 1979 | 1879 | 1979 | Jauh di bawah tanah | 36.2 | 22.50 | 27 | 1996 Stock | - | 127,584 | 5,670 |
Aliran Metropolitan | Magenta gelap | 1863 | 1863 | 1863 | Bawah permukaan tanah | 66.7 | 41.50 | 34 | A Stock S Stock | S Stock (Sedang ditambah masuk dalam perkhidmatan) | 58,000 | 1,398 |
Aliran Northern | Hitam | 1890 | 1867 | 1937 | Jauh di bawah tanah | 580 | 360 | 50 | 1995 Stock | - | 206,987 | 5,743 |
Aliran Piccadilly | Biru gelap | 1906 | 1869 | 1906 | Jauh di bawah tanah | 710 | 44.30 | 53 | 1973 Stock | - | 176,177 | 3,977 |
Aliran Victoria | Biru muda | 1968 | 1968 | 1968 | Jauh di bawah tanah | 210 | 13.25 | 16 | 2009 Stock | - | 183,000 | 13,132 |
Aliran Waterloo & City | Firus | 1898† | 1898 | 1898 | Jauh di bawah tanah | 2.5 | 1.50 | 2 | 1992 Stock | - | 9,616 | 6,410 |
* Sekiranya tahun perkhidmatan terawal dimulakan dipaparkan lebih awal daripada tahun perkhidmatan rasmi, bermakna aliran ini pada mulanya menyediakan perkhidmatan untuk aliran Underground yang lain ataupun oleh syarikat kereta api lain. † Sebelum tahun 1994, aliran Waterloo & City dikendalikan oleh British Rail dan syarikat-syarikat sebelumnya. |
Underground menyediakan perkhidmatan kereta api terhadap 250 buah perhentian. 14 buah daripadanya terletak di luar kawasan Greater London dengan lima buah stesen ini (iaitu stesen Amersham, Chalfont & Latimer, Chesham, and Chorleywood dalam aliran Metropolitan serta Epping dalam aliran Central) terletak di luar ruang lingkup lebuhraya lingkaran London M25. Antara 32 buah wilayah perbandaran London, hanya enam buah wilayah yang tidak mempunyai jaringan perkhidmatan Underground iaitu Bexley, Bromley, Croydon, Kingston, Lewisham dan Sutton. Manakala dua buah stesen iaitu Old Street dan Manor House di wilayah Hackney berada berbetulan dengan sempadan wilayahnya.
Menu
London Underground InfrastrukturBerkaitan
London London Overground London Underground London, Ontario London Love Story 2 London School of Economics London Raya London Has Fallen London Rail London GreenpeaceRujukan
WikiPedia: London Underground //www.amazon.com/dp/B0006C7PD2 http://static.scribd.com/docs/6wfl4g62vle8w.swf?IN... http://www.timeout.com/london/features/2816.html http://news.bbc.co.uk/1/hi/england/london/8620188.... http://www.nationalrail.co.uk/tocs_maps/tocs/LT.as... http://www.railwaysarchive.co.uk/documents/DoT_KX1... http://www.telegraph.co.uk/travel/destinations/eur... http://www.watfordobserver.co.uk/news/1855280.numb... http://legacy.london.gov.uk/assembly/reports/trans... http://www.london.gov.uk/sites/default/files/10-11...